Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang mesyuarat dasar BNM
  • BISNES

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang mesyuarat dasar BNM

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Hasil mesyuarat itu akan membolehkan penggubal dasar menilai inflasi dan pertumbuhan — faktor utama yang mempengaruhi dan membentuk prospek Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Setakat 8.00 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 3.9530/9635 berbanding dolar AS daripada 3.9600/9635 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan terus memberi tumpuan kepada mesyuarat MPC akan datang, terutama kenyataan yang akan dikeluarkan susulan mesyuarat berkenaan.

“Prospek bagi suku kedua 2026 masih utuh walaupun pasaran pada masa sama memantau terperinci impak susulan ketegangan di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Menurut nota penyelidikan bank berkenaan, impak perang di Iran dapat dilihat dalam kadar inflasi Malaysia dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur paras harga umum dan inflasi, meningkat sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun kepada 136.4 mata pada Mac 2026 berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Mohd Afzanizam berkata kebimbangan terhadap krisis di Asia Barat juga terus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Semalam menyaksikan ringgit susut 0.15 peratus kepada RM3.9618 berbanding dolar AS susulan perkembangan terkini. Bagaimanapun ringgit dijangka mengukuh walaupun peningkatannya sederhana,” katanya.

Selain itu pada sesi awal hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama dunia.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.5065/5133 daripada 2.5138/5163 semalam, rendah berbanding euro kepada 4.6305/6428 daripada 4.6288/6329 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3626/3769 daripada 5.3622/3670.

Berbanding mata wang serantau, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 226.8/227.5 daripada paras 227.2/227.5 semalam namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1021/1108 daripada 3.1013/1042, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.1803/2187 daripada 12.1064/1223 dan turun berbanding peso Filipina kepada 6.42/6.44 daripada 6.43/6.44 sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Harga minyak melonjak akibat ketegangan terbaharu Selat Hormuz
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.