Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
  • GLOBAL

Ribut tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina

Utusan Sarawak 7 months ago

Seorang kakitangan Tentera Udara Republik Singapura menjalankan pemeriksaan pra-penerbangan sebagai persediaan untuk misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana ke Filipina berikutan serangan Ribut Tropika Teruk Kristine. Foto: Kementerian Pertahanan, Singapura (MINDEF)/Facebook

MANILA: Empat negara Asia Tenggara – Singapura, Brunei, Malaysia dan Indonesia – menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Semasa satu forum berita di Quezon City pada Sabtu, Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam (OCD) merangkap Timbalan Setiausaha Ariel Nepomuceno berkata Singapura akan menggunakan aset udaranya untuk membantu dalam menyampaikan bantuan kepada wilayah yang terjejas.

“Walaupun sekali lagi kami tidak mempunyai masalah dengan barang bantuan, tetapi negara lain sedang membantu kami iaitu – ia automatik bagi Brunei, Malaysia, Singapura, dan Indonesia untuk membantu – itu rasmi. Mereka juga telah menghantar aset udara mereka,” katanya.

Nepomuceno tidak menyebut butiran lanjut mengenai bantuan itu tetapi menyatakan bahawa sebarang bantuan tambahan adalah “tanda solidariti dengan rakan kongsi kami.”

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Pertahanan Singapura mengesahkan bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang mengerahkan sebuah pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) untuk membantu dalam usaha kemanusiaan di negara itu.

“Sumbangan SAF menggariskan hubungan dua hala dan pertahanan yang mesra serta kerjasama erat Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) antara Singapura dan Filipina,” katanya.

Pesawat C-130 RSAF akan menyediakan sokongan pengangkutan udara untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang terjejas akibat ribut.

— BERNAMA-PNA

Continue Reading

Previous: 76 maut, puluhan ribu terpaksa berpindah akibat Ribut Tropika Trami
Next: Taufan Kristine: TUDM atur gerak helikopter bantu Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.