Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat diramal di beberapa negeri petang ini
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat diramal di beberapa negeri petang ini

Utusan Sarawak 7 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu dan enam negeri hingga 7 malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada 3.25 petang tadi MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah merangkumi Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim, serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi). 

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort manakala Sarawak pula di Miri (Telang Usan serta Marudi) dan Limbang. — BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali platform pamerkan budaya, tradisi komuniti India
Next: SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.