Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribuan rakyat pelbagai kaum hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak 
  • SEMASA

Ribuan rakyat pelbagai kaum hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak 

Utusan Sarawak 1 month ago
Suasana meriah sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Foto Herriey Naha

PETRA JAYA: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meluangkan masa beramah mesra dengan ribuan pengunjung yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang mencerminkan kepimpinan yang mesra rakyat. 

Beliau menyantuni tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk warga emas, kanak-kanak, dan pelancong yang ingin merasai kemeriahan perayaan di Sarawak.  

Abang Johari menyifatkan kehadiran masyarakat pelbagai kaum ke majlis tersebut melambangkan keharmonian yang telah lama wujud di negeri ini. 

“Bagi semua kaum dan semua kepercayaan agama, ia menunjukkan keharmonian yang ada di Sarawak ini. 

“Kita berharap agar keadaan ini kekal supaya kita mempunyai satu ekosistem yang baik bagi membangunkan masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya ditemui media hari ini.

Yang di-Pertua Negeri , Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, turut hadir ke majlis tersebut dan menzahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan Sarawak dalam mengukuhkan perpaduan rakyat melalui perayaan seperti itu. 

Ketibaannya disambut mesra oleh Premier Sarawak serta barisan pemimpin negeri dan persekutuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah dua Timbalan Premier Sarawak – Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Oleh MASRIN AFFIRA

Continue Reading

Previous: 27 laluan penerbangan antarabangsa baharu akan diperkenalkan sepanjang tahun ini
Next: Bantuan hanya untuk penduduk tetap Sarawak penuhi syarat kelayakan – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.