Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan diselamatkan dalam kebakaran hutan
  • GLOBAL

Ribuan diselamatkan dalam kebakaran hutan

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMATKAN KEDIAMAN… Seorang lelaki menggunakan hos getah untuk menyembur air ke rumahnya sebelum dia dipindahkan ekoran api marak yang membakar hutan di belakang kediamannya. • Foto AFP

MARTIGUES: Hampir 3,000 penduduk diselamatkan pada malam kelmarin dengan sebahagiannya dibawa keluar menggunakan bot selepas berlaku kebakaran hutan seluas 1,000 hektar berhampiran Marseille di selatan Perancis.

Kebanyakan penduduk berada di kediaman masing-masing, manakala ada di antara mereka yang diselamatkan di tapak perkhemahan berdekatan.

Kira-kira 1,800 anggota bomba dikerah dan terpaksa mengharungi angin kencang yang menyukarkan operasi memadamkan kebakaran.

Menurut pihak berkuasa, 14 anggota bomba mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun, tidak ada kecederaan yang dilaporkan membabitkan orang awam.

Pihak bomba turut memaklumkan, kebakaran bermula dari kediaman dan lapan tapak perkhemahan dekat Martiques.

Ahli bomba, Jean-Eric Lepine, berkata api marak dengan sangat luar biasa dan kelajuannya umpama puting beliung.

“Setiap tiga minit, berlaku letupan gas kerana ada beberapa botol gas yang dipasang di rumah banglo yang terbabit dalam kebakaran.

“Mujurlah kebakaran itu tidak menyebabkan kematian dan kami dapat menyelamatkan lebih daripada 15 kediaman,” katanya.

Menurut salah seorang anggota bomba yang bertugas, kebakaran itu dapat dikawal semalam, selepas keadaan angin mula terkawal. – AFP

Continue Reading

Previous: Jepun peringati pengeboman atom Hiroshima
Next: Thailand sedia buka pintu untuk ahli perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.