Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RH Half Marathon tarik lebih 3,000 peserta tempatan, antarabangsa
  • SEMASA

RH Half Marathon tarik lebih 3,000 peserta tempatan, antarabangsa

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BERSATU SEMANGAT… Dato Thomas Tieng (tengah) bersama barisan penganjur dan wakil agensi sempena sidang media RH Half Marathon di Sibu.

SIBU: Lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai RH Half Marathon yang akan berlangsung pada 4 Mei ini sempena sambutan Jubli Emas Kumpulan RH.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Kumpulan RH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulang Tahun ke-50, Dato Thomas Tieng, berkata acara itu menarik penyertaan peserta dari seluruh Malaysia serta 66 peserta antarabangsa yang mewakili 10 negara dan wilayah.

Menurutnya, larian tersebut akan merangkumi tiga kategori utama:

  • Half Marathon (21km): Disertai 922 peserta merangkumi kategori terbuka dan veteran bagi lelaki dan wanita.
  • Larian 10km: Menarik penyertaan seramai 516 peserta.
  • Fun Run 5km: Kategori paling popular dengan 1,606 peserta.

“Secara keseluruhan, larian ini menerima sambutan luar biasa dengan penyertaan 1,604 orang awam dan 1,440 kakitangan Kumpulan RH,” katanya pada satu sidang media.

Tambah beliau, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dijangka hadir sebagai tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Bagi memastikan kelancaran acara, penutupan separa jalan akan dilaksanakan di sekitar kawasan Pusat Suria Permata bermula awal pagi hingga 10.30 pagi pada 4 Mei.

“Sebagai sokongan kepada acara ini, beberapa kedai kopi tempatan akan dibuka seawal jam 3 pagi bagi memenuhi keperluan peserta dan pengunjung,” jelas Tieng.

Beliau turut menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menyeru orang awam menyertai atau memberi sokongan kepada maraton ini dengan semangat positif.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, dan Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RUU pekerja GIG dibentang pada sidang Parlimen akan datang
Next: Perintah papar harga ubat disambut baik pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.