Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja maut dihempap besi pagar 2 tan
  • KEMALANGAN

Remaja maut dihempap besi pagar 2 tan

Utusan Sarawak 2 years ago

Lokasi tempat mangsa dihembap besi pagar di bengkel pengangkutan jentera berat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce. FotoJSJ IPD SIBU

SIBU: Lelaki maut dipercayai dihempap besi pagar di salah sebuah bengkel pengangkutan jentera berat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima laporan berhubungan kejadian itu sekitar 10.48 pagi daripada seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun.

“Siasatan di tempat kejadian oleh pasukan daripada Balai Polis Lanang dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mendapati mayat seorang lelaki tempatan berumur 18 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dihempap besi pagar anggaran seberat dua tan. Tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian,” jelasnya menerusi siaran media.

Mayat dihantar ke rumah mayat di Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan di tandas  
Next: Pemandu cedera, lori hilang kawalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.