Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja ditahan polis bagi bantu siasatan kes curi
  • JENAYAH

Remaja ditahan polis bagi bantu siasatan kes curi

Utusan Sarawak 1 month ago
DITAHAN… Seorang remaja tempatan ditahan oleh anggota JSJ IPD Miri bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah harta benda di Miri, baru-baru ini.

MIRI: Seorang remaja tempatan berusia 19 tahun ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah harta benda yang berlaku di sini.

Menurut kenyataan IPD Miri, suspek telah ditahan sekitar 10.30 pagi hari ini di sebuah kediaman di Jalan Kuching Timur, Taman Tunku di sini.

Katanya, pihak polis telah menemui seunit tong gas berwarna hijau dan merah di Kampung Lusut Jaya 5E, Taman Tunku, yang dipercayai berkaitan dengan kes yang disiasat.

Kes tersebut masih dalam siasatan lanjut dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan kes kecurian harta benda yang dilaporkan sebelum ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan digesa untuk tampil bagi membantu siasatan.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jurutera warga China ditahan reman lanjut, bantu siasatan kes kematian Marutin Pagan
Next: Kes Zayn Rayyan: Terdapat mesej WhatsApp ‘Lantaklah nak hidup ke nak mati’ milik dua individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.