Remaja cedera kemalangan, APM Limbang bertindak pantas

Facebook
WhatsApp
BANTUAN AMBULANS… Anggota APM Limbang memberikan bantuan awal kepada mangsa kemalangan sebelum menghantarnya ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.

LIMBANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang bertindak pantas menghantar seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Bonnie Madisun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.06 tengah hari sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Sebaik tiba di lokasi, anggota dimaklumkan oleh pengadu bahawa mangsa mengalami kesakitan pada tangan kanan. Pemeriksaan awal dilakukan sebelum mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.