Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai di Bau
  • KEMALANGAN

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai di Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA penyelamat mengangkat mangsa selepas ditemui meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat di sungai Kampung Segubang, Bau, petang tadi.

BAU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi sungai di Kampung Segubang, di sini, petang tadi.

Mangsa dilaporkan sedang mandi bersama lima rakannya sebelum kejadian berlaku kira-kira 4.00 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ketua kampung sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai.

“Jentera tiba di lokasi pada 4.16 petang dan mendapati benar berlaku kejadian mangsa lemas di sungai seperti dilaporkan.

Operasi pencarian segera dijalankan di kawasan mangsa terakhir dilihat menggunakan teknik pencarian permukaan air serta kaedah selaman bebas oleh anggota bertugas.

Mangsa berjaya ditemui pada 5.36 petang pada kedalaman kira-kira 10 meter dan jarak lebih kurang 15 meter dari lokasi terakhir dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.00 petang setelah keadaan disahkan terkawal.

Operasi tersebut melibatkan enam anggota BBP Bau dengan bantuan satu jentera FRT dan satu EMRS.

Turut berada di lokasi ialah tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga petugas KKM serta penduduk kampung.

Continue Reading

Previous: Dua remaja maut, motosikal dirempuh kereta
Next: Dua cedera kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo dekat SK Melugu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.