Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rela batal penerbangan, sambut rombongan 45 Paderi  
  • Tengah
  • WILAYAH

Rela batal penerbangan, sambut rombongan 45 Paderi  

Utusan Sarawak 7 months ago
SERAMAI 45 orang rombongan Paderi termasuk dari Sabah dan Semenanjung telah mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Simond Boom, Ulu Dijih, kelmarin. Foto Kredit: DUN N59 Tamin 
 

SELANGAU: “Saya dan isteri telah membatalkan penerbangan dan dengan hati gembira kami menyambut rombongan ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, kelmarin.

Terdahulu, seramai 45 orang rombongan Paderi termasuk dari Sabah dan Semenanjung, yang diketuai oleh Father Micheal, telah membuat lawatan ke Rumah Panjang Simond Boom, Ulu Dijih, yang juga merupakan kediaman Gira.

Katanya, lawatan bertujuan melihat sendiri kehidupan di rumah panjang yang mengamalkan pelbagai budaya, agama dan cara hidup yang unik di kawasan DUN Tamin.

Lawatan tersebut juga bertujuan memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai ajaran agama Kristian serta mendorong semua umat untuk lebih menghargai nilai-nilai keagamaan.

Rombongan paderi ini hadir dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung untuk memberikan perkhidmatan keagamaan kepada penganut Kristian di seluruh Sarawak.

Sehubungan itu, Gira berharap lebih banyak lawatan daripada Paderi gereja ke Selangau, dan ini hanyalah permulaannya, ujarnya.

Gira dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada rombongan yang melawat rumah panjang beliau dan menyaksikan sendiri budaya yang diamalkan di sana.

Gira turut menyatakan bahawa sebagai ADUN Tamin, beliau akan terus menyokong dan membantu apa sahaja aktiviti keagamaan di kawasan itu demi membangunkan keharmonian bagi semua penganut agama, khususnya umat Kristian.

“Saya berjanji akan membina sebuah gereja di Selangau yang mampu menampung 500 orang, bagi memudahkan aktiviti keagamaan pada masa akan datang,” tambah beliau.

Majlis ini turut dihadiri Ketua Kaum, Ketua Masyarakat, serta penduduk sekitar DUN Tamin yang menganut agama Kristian.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Yayasan Hii Kah Tung belanja lebih RM5 juta untuk pendidikan
Next: 92 warga SK Udin sertai latihan kebakaran bersama bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.