Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rekod tanpa kalah West Ham lebur
  • SUKAN

Rekod tanpa kalah West Ham lebur

Utusan Sarawak 2 years ago
BARISAN pemain Olympiacos meraikan kejayaan mereka meraih kemenangan pertama Liga Europa menewaskan West Ham. FotoAFP

PARIS: Rekod 17 perlawanan tanpa kalah West Ham dalam saingan Eropah akhirnya lebur apabila tewas 1-2 kepada Olympiakos ketika Rangers meraih satu mata berharga dalam Liga Europa selepas seri tanpa jaringan di Sparta Prague.

Kostas Fortounis merembat dari jarak jauh untuk memberikan pendahuluan kepada pasukan Greece itu dan Rodinei menambah gol kedua sebelum separuh masa pertama tamat.

Lucas Paqueta melakukan tendangan voli pada lewat perlawanan untuk The Hammers.

Biarpun tewas West Ham masih kekal di puncak Kumpulan A dengan enam mata daripada tiga perlawanan.

Namun Freiburg kini menyamakan kedudukan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas wakil Serbia, Backa Topola.

Rangers bernasib baik apabila penjaga gol Jack Butland beraksi cemerlang untuk mengikat kedudukan 0-0 di Republik Czech itu.

Mereka kini berada di kedudukan ketiga Kumpulan C yang diketuai oleh Real Betis selepas menang 1-0 di tempat lawan mengatasi Aris Limassol hasil jaringan Ayoze Perez.

Marseille meraih kemenangan pertama mereka dalam pertandingan itu, menewaskan AEK Athens 3-1.

Orbelin Pineda menyamakan kedudukan selepas gol pembuka Vitinha untuk Marseille sebelum penjaga gol AEK Cican Stankovic dilayangkan kad merah.

Sementara itu pemain antarabangsa Colombia, Luis Muriel menjaringkan kedua-dua gol untuk Atalanta ketika mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 di Sturm Graz Austria dalam Kumpulan D. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool ungguli Kumpulan E selepas belasah Toulouse
Next: Haaland bikin Man United terus merudum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.