Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Baram 2025 September ini
  • Utara
  • WILAYAH

Regata Baram 2025 September ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR fail Regata Baram

MARUDI: Regata Baram 2025 akan diadakan pada 18 hingga 21 September ini dengan menampilkan pelbagai acara sukan air.

Acara utama ialah Lumba Perahu Kayuh Tradisional, Perlumbaan Bot Kuasa Kuda dan Kawalan Jauh.

Mesyuarat pertama Regata Baram 2025, diadakan di Pejabat Residen Bahagian Miri hari ini dengan wakil pelbagai agensi kerajaan hadir.
 
Ia dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.
 
Selain acara sukan air, pelbagai program sampingan bakal diadakan seperti Pertandingan Ratu Baram 2025, Bintang Regata Baram, Perarakan Kebudayaan, Malam Kebudayaan, Pesta Jualan Makanan dan Kraftangan.
 
Acara lain turut diadakan ialah Konsert Perpadauan, Pertandingan Perahu Berhias, Pameran Sape Gergasi dan lain-lain aktiviti.
 
Acara malam kemuncak adalah Malam pelbagai kebudayaan setiap suku kaum yang terdapat di Baram.

Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah tiga Timbalan Pengerusi Bersama iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek ) yang juga ADUN Mulu Datuk Gearawt Gala, Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau, dan ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perlu telus beri input tepat, pelaksanaan projek
Next: Pendekatan holistik jaga imej Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.