Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Redah hujan demi rezeki keluarga
  • TEMPATAN

Redah hujan demi rezeki keluarga

Utusan Sarawak 5 years ago

AWANG KUSHAIRY JUNAIDI

KUALA LAWAS: “Walaupun hujan lebat, kami tetap keluar membintur dan mengutip hasil tangkapan ketam,” kata Fadzli Julihi, semasa ditemui keti
ka sedang mengutip hasil tangkapannya berhampiran jeti Kampung Dato Ulu, di sini petang semalam.

Biarpun keadaan cuaca sedemikian, namun, mereka serta penangkap ketam yang lain, tetap mengutamakan keselamatan ketika turun mencari rezeki.

Jarak mereka membintur tidaklah jauh kerana dia bersama isterinya, Rafidah Saman, hanya memasang perangkap bintur di tebing sungai sahaja.

“Rezeki memang ada di mana-mana dan segalanya terpulang kepada usaha kita masing-masing,” katanya.

Menurut Fadzli, jenis ketam yang ditangkap ialah ketam nipah, yang dijual pada harga RM18 hingga RM20 sekilogram. Dalam sehari, mereka mampu membawa pulang tiga hingga empat kilogram.

Mereka perlu turun membintur untuk menambah pendapatan keluarga dan bersyukur kerana hasil tangkapan ketam nipah juga banyak.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan yang kini menu
ju Tahap 3 (Selasa), mereka adalah antara yang dibenarkan untuk terus bekerja untuk keperluan rakyat, seperti juga nelayan, petani dan penternak.

Fadzli berkata, dalam tempoh PKP itu, rezeki yang diterimanya juga berganda kerana semakin banyak tempahan diterima daripada penduduk kampung dan orang luar.

Untuk pengetahuan, membintur adalah satu aktiviti menangkap ketam yang dijalankan di tebing-tebing sungai di daerah ini, terutamanya di Kuala Lawas. Ia mungkin jarang didengari, kerana di daerah lain, ia disebut mento atau bento dan mungkin ada lagi gelaran lain yang diberikan.

Apa yang penting, dalam usaha mencari rezeki, janganlah lupa untuk menjaga keselamatan dan ke- bersihan, terutama dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini.

Continue Reading

Previous: ‘COVID-19 Fundraising-Assassin Warrior’ kumpul RM11,400
Next: RM300, rezeki udang galah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.