Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Realisasikan Limbang sebagai bandar rendah karbon
  • Utara
  • WILAYAH

Realisasikan Limbang sebagai bandar rendah karbon

Utusan Sarawak 8 hours ago
DR Abdul Rahman pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Daerah Limbang.  

LIMBANG: Semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memain peranan penting dengan menetapkan hala tuju dan pendekatan masing-masing bagi merealisasikan konsep bandar rendah karbon di daerah ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai perancangan jelas dan berada pada landasan kukuh membangunkan Sarawak termasuk Limbang.

“Premier baharu saja merancang untuk menjadikan Limbang sebagai bandar yang mengeluarkan gas ataupun dioksida yang kurang, iaitu bandar rendah karbon. Ini  sasaran beliau dan ia  menunjukkan Sarawak mempunyai destinasi dan hala tuju yang jelas. Semua ini memerlukan  sokongan semua pihak dan  rakyat,” katanya berucap demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Daerah Limbang (MDL) hari ini.

Turut sama ialah Pengerusi MDL Kaunselor Sufian Mohat dan Setiausaha MDL Michelle Hildalyne Jering Anthony Luta.

Katanya Limbang akan  dinaik taraf mengikut tata cara bandar rendah karbon sejajar usaha kerajaan menangani  perubahan iklim dan perlu disokong segenap masyarakat.

Menurutnya  bandar rendah karbon membawa banyak kesan positif terutama dalam mengurangkan kesan perubahan iklim global dan jejak karbon.

Justeru, peranan aktif PBT dalam merealisasikan kewujudan bandar rendah karbon di bandar ini perlu ke arah menjadikan Limbang  lebih ‘hijau᾿ dan lestari.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Skru dalam sup cendawan cetus kebimbangan keselamatan makanan di Kuching
Next: Projek menara tinjau RM6.6 juta di Pantai Tusan dijangka dilaksana tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.