RCI Tabung Haji: Beberapa individu akan didakwa esok, SPRM buka 14 kertas siasatan

Facebook
WhatsApp
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman bercakap pada Sidang Media Khas SPRM di Ibu Pejabat SPRM hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Beberapa individu yang pernah ditahan berhubung siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini, akan didakwa di mahkamah esok dan lusa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Abd Halim Aman.

Difahamkan pertuduhan tersebut akan dibuat di mahkamah di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Dua pertuduhan itu melibatkan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana menipu.

“Terdapat juga satu lagi kertas siasatan akan dikemukan kepada Peguam Negara akan didakwa minggu hadapan, selepas siasatan terbaharu SPRM dalam isu pajakan hartanah dalam pelaburan  Al Rawda iaitu pajakan hotel di Mekah dan Madinah melibatkan Saudi Riyal 2.49 bilion,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Abd Halim tidak menolak kemungkinan kertas siasatan yang dijangka didakwa pada minggu hadapan itu, membabitkan golongan kenamaan serta pernah direman SPRM sebelum ini.

Beliau berkata secara keseluruhan, pihaknya telah membuka 14 kertas siasatan berkaitan RCI TH dengan empat daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Setakat ini sebanyak 18 individu ditahan dengan 11 daripadanya ditahan reman, selain memanggil 245 saksi serta memeriksa dan menggeledah 60 premis, bagi mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

Abd Halim berkata antara 11 individu yang ditahan reman itu, melibatkan bekas CEO TH Plantation, bekas CFO TH Plantation, bekas pengarah Putra Perdana Construction, bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad dan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji.- Bernama

RCI TH: Bekas Menteri direman lima hari

PUTRAJAYA: Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), di Arab