Ratusan penumpang dipindahkan selepas bank kuasa terbakar di MTR Hong Kong

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN... Ratusan penumpang dipindahkan dari rangkaian Mass Transit Railway (MTR) Hong Kong pada pagi tadi susulan dua insiden berasingan melibatkan bank kuasa yang terbakar.

HONG KONG, China: Ratusan penumpang dipindahkan dari rangkaian Mass Transit Railway (MTR) Hong Kong pada pagi tadi susulan dua insiden berasingan melibatkan bank kuasa yang terbakar, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik penyiar awam RTHK.

Insiden pertama berlaku di Stesen Tsuen Wan West, apabila kira-kira 400 penumpang dipindahkan selepas asap dikesan dalam sebuah gerabak tren.

Imej di media sosial menunjukkan asap tebal dan api kelihatan dari beg seorang penumpang. Kebakaran itu berjaya dipadamkan dengan pantas dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam kejadian terdahulu, satu lagi bank kuasa dilaporkan terbakar di platform Stesen Tin Hau. Pihak berkuasa berkata insiden itu juga tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

-Bernama