Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan gajah mati secara misteri
  • GLOBAL

Ratusan gajah mati secara misteri

Utusan Sarawak 5 years ago
KEJADIAN serupa pertama kali dilaporkan pada Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu. • Foto AFP

GABORONE: Ratusan ekor gajah ditemui mati secara misteri di Botswana, Afrika Selatan, lapor jabatan hidupan liar semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Cyril Taolo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian 365 ekor gajah dan mengesahkan 275 dari jumlah kematian itu.

“Punca kematian masih di dalam siasatan dan pihak kami menolak ia disebabkan aktiviti pemburu haram kerana gading gajah-gajah tersebut masih ada,” katanya.

Katanya, beberapa sampel telah dikumpulkan dan dihantar ke makmal khas di Zimbabwe dan Kanada untuk diuji.

Difahamkan, kejadian itu pertama kali dilaporkan pada bulan Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Ibu lahir bayi di parkir
Next: Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.