Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Rasuah RM5,000: Pegawai imigresen naik mahkamah di Bintulu
  • MAHKAMAH

Rasuah RM5,000: Pegawai imigresen naik mahkamah di Bintulu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

BINTULU: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000, berkaitan satu kes yang berlaku pada 2022.

Tertuduh, seorang lelaki berusia 44 tahun yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bintulu, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah meminta wang tunai sebanyak RM5,000 daripada seorang kakitangan Bintulu Port, sebagai balasan untuk menutup siasatan terhadap bapa individu terbabit, yang disyaki melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI), satu kesalahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/1963.

Ketika kejadian, tertuduh memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Penyiasat dan didakwa melakukan perbuatan itu di Ambank Bintulu pada 23 Februari 2022, sekitar 10.15 malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yong Ann Nee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Keputusan rayuan Syed Saddiq diketahui 25 Jun ini
Next: Roger Ng beritahu mahkamah beliau kenal Jho Low sejak penubuhan TIA pada 2009

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.