Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan
  • JENAYAH

Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan

Utusan Sarawak 10 months ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk bekas pegawai di satu anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bergelar ‘Datuk’ disyaki menerima rasuah membabitkan satu projek perumahan berjumlah hampir RM110 juta.

Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia 40 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini antara 6.30 hingga 7.00 petang, semalam. 

“Seorang lagi individu turut hadir memberi keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan dirakamkan,” menurut sumber itu.

Menurut sumber, kesemua mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat pembinaan sebagai balasan bagi menandatangani perjanjian pembangunan tambahan (SDA) membabitkan projek pembangunan Rumah Aspirasi Rakyat daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB.

“Perjanjian yang ditandatangani ini dipercayai mengandungi klausa yang berat sebelah sehingga menyebabkan SPNB menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit,” menurut sumber. 

Kesemua mereka direman selama lima hari bermula semalam hingga 3 Ogos ini selepas Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam. 

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kesemua suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama

Continue Reading

Previous: AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru
Next: Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 September

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.