Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rangkuman: Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat, diraikan dalam sambutan kejutan ulang tahun
  • TEMPATAN

Rangkuman: Tun Wan Junaidi terima dua kunjungan hormat, diraikan dalam sambutan kejutan ulang tahun

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, telah menerima kunjungan hormat daripada The Right Honourable Sir Lindsay Hoyle, Speaker of the House of Commons, Parliament of the United Kingdom, di Bilik Menghadap Utama, Astana Negeri Sarawak. Semalam.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British Ambassador Fenny Nuli, dan David Wallace,  Ketua Staf, Pejabat Speaker UK Helen Wood, Timbalan Ketua Staf, Pejabat Speaker UK David Clark, Pegawai Institusi dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Tinggi British Farah Nor serta Pegawai Perhubungan Kerajaan & Protokol, Suruhanjaya Tinggi British Iman Hamdan.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan diri serta mengeratkan hubungan antara Malaysia dan United Kingdom, khususnya dalam konteks sistem demokrasi berparlimen.

Kedua-dua negara berkongsi sejarah hubungan diplomatik yang rapat serta mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Dalam pertemuan ini, perbincangan turut merangkumi aspek Perlembagaan, Perundangan, Peraturan-Peraturan Dewan, serta peranan parlimen dalam memperkukuh tadbir urus yang baik.

Hubungan antara kerajaan pusat dan negeri dalam konteks sistem persekutuan turut disentuh.

Malaysia, sebagai anggota aktif Commonwealth Parliamentary Association (CPA), terus memainkan peranan dalam memperkukuh kerjasama antara institusi perundangan negara-negara Komanwel.

Tun Pehin Sri menyambut baik lawatan ini sebagai satu langkah bermakna dalam memperkukuh hubungan dua hala.

Beliau berharap pertemuan ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan United Kingdom.

Terdahulu, Tun Pehin Sri mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi The Malaysia International Islamic Finance Centre (MIFC) Leadership Council Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), serta Pengerusi Universiti INCEIF (The International Centre of Education in Islamic Finance). Perjumpaan ini berlangsung di Club Lounge, Aras 22, Sheraton Hotel pada 5.00 petang.

Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah Co-Founder Fitrah Capital Associates, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, Dato’ Jiv Sammanthan.

Sebagai kenangan, Tun Wan Junaidi menandatangani, dan menyampaikan buku penulisan beliau, A Policeman, kepada Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar.

Pada hari sama, semalam, Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, makan malam bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, dan isteri, Datin Dayang Mariani Abang Zain di restoran The Tai Tai pada 7.30 malam.

Makan malam yang pada asalnya diatur sebagai satu pertemuan santai bertukar menjadi lebih istimewa apabila Prof. Datuk Dr. Khairuddin, dan isteri menganjurkan sambutan kejutan ulang tahun kelahiran Tun Wan Junaidi.

Walaupun ulang tahun tersebut telah berlalu, kejutan yang tidak dijangka ini amat dihargai.

Pada makan malam berkenaan, Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas usaha dan layanan mesra yang diberikan oleh Prof. Datuk Dr. Khairuddin, dan Datin Dayang Mariani.

Suasana penuh kemesraan, dan perbualan yang bermanfaat menambah keistimewaan makan malam tersebut, menjadikannya satu kenangan bermakna.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wee beri perhatian kepada nasib 22 penghuni kehilangan tempat berteduh
Next: JHS nafi dakwaan PGA pembalakan haram di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.