Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramai swasta bantu termasuk guna jentera berat bersihkan Bintulu pasca banjir
  • WILAYAH

Ramai swasta bantu termasuk guna jentera berat bersihkan Bintulu pasca banjir

Utusan Sarawak 3 months ago

Tangkapan layar rakaman video yang dikongsikan di Facebook ADUN Tanjong Batu,Johnny Pang Leong Ming yang memaparkan usaha pembersihan selepas banjir di salah satu kawasan yang terjejas di Bintulu.

BINTULU: Ketika mangsa banjir masih bergelut dengan kesan bencana, komuniti perniagaan tempatan tampil menghulurkan bantuan sekali gus mempercepat usaha pembersihan pasca banjir di Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menyifatkan bantuan yang diberikan bukan sekadar meringankan beban kerja, tetapi juga menyuntik semangat kepada semua pihak yang terlibat.

“Sejurus seruan bantuan dibuat, pihak industri tanpa ragu terus menyumbang tenaga dan sumber. 

“Keprihatinan serta tindakan pantas mereka sangat bermakna dalam situasi kritikal ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata tanpa kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat, usaha pemulihan tidak akan dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan.

“Kita tidak boleh bergantung pada satu pihak sahaja. 

“Semangat kebersamaan inilah yang akan menentukan sejauh mana kita dapat bangkit semula,” tegasnya.

Dengan sokongan sektor swasta, lebih banyak jentera berat termasuk pam air berkuasa minyak dan lori pengangkut sampah telah digerakkan, meningkatkan kecekapan kerja-kerja pembersihan.

Johnny Pang turut menyeru lebih banyak pihak tampil membantu dalam usaha memulihkan Bintulu secepat mungkin.

“Kita bukan sekadar membersihkan kawasan terjejas, tetapi juga membina semula kehidupan mereka yang terkesan. 

“Inilah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Continue Reading

Previous: Paras naik di Sarikei, melepasi bahu jalan malam ini
Next: Air di kawasan Julau, Nanga Stras mulai surut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.