Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ramai maut kereta rempuh orang ramai di Vancouver, Kanada
  • GLOBAL

Ramai maut kereta rempuh orang ramai di Vancouver, Kanada

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Beberapa individu maut apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pesta jalanan di Vancouver, Kanada, lewat Sabtu. - Foto AFP

BERLIN: Beberapa individu maut apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pesta jalanan di Vancouver, Kanada, lewat Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Polis Kanada, beberapa orang lagi turut cedera dalam insiden itu, manakala pemandu kenderaan kini berada dalam tahanan, menurut kenyataan di platform X.

Menurut siaran televisyen tempatan yang memetik saksi, suspek cuba melarikan diri dengan berjalan kaki selepas merempuh orang ramai, namun berjaya ditahan oleh orang awam.

Datuk Bandar Vancouver Ken Sim berkata beliau terkejut dan sedih dengan “insiden mengerikan” itu.

Dalam laman web berita Kanada, Global News, Sim berkata, “Kami akan berusaha untuk menyediakan maklumat lanjut secepat mungkin, namun ketika ini polis Vancouver mengesahkan terdapat beberapa kematian dan ramai yang cedera.”

Pesta jalanan itu diadakan sempena Festival Lapu Lapu, sambutan tahunan komuniti Filipina di Vancouver.

“Kami simpati kepada semua yang terkesan terutama komuniti Filipina Vancouver pada masa yang amat sukar ini,” kata Sim.

Insiden itu berlaku hanya dua hari sebelum Kanada mengadakan pilihan raya Parlimen pada Isnin. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Riau dijangka alami musim kemarau, risiko kebakaran pertengahan 2025
Next: 9 maut selepas kenderaan rempuh orang ramai di Festival Filipina di Vancouver

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.