Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramah tamah Aidilfitri perkukuh semangat perayaan, kebersamaan
  • Utara
  • WILAYAH

Ramah tamah Aidilfitri perkukuh semangat perayaan, kebersamaan

Utusan Sarawak 2 months ago
MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Piasau yang diadakan di Bintang Megamall di Miri kelmarin menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat, menyerlahkan lagi keharmonian dan perpaduan kaum di Sarawak. FotoUKAS  

MIRI: Komitmen Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Piasau dalam memupuk keharmonian dan perpaduan kaum terus terserlah menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung di Bintang Megamall di sini, kelmarin.

Majlis yang menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Beliau memuji pendekatan inklusif cawangan tersebut dalam merapatkan hubungan rakyat melalui penganjuran aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan.

“SABERKAS Cawangan Piasau bukan sahaja aktif, malah sentiasa mengutamakan perpaduan dan keharmonian dalam setiap program yang dianjurkan.

“Ini membuktikan kekuatan nilai muhibah yang menjadi tunjang masyarakat di Sarawak,” katanya.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau menambah bahawa program seperti ini wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja menyemarakkan semangat perayaan, malah memainkan peranan penting dalam memperkukuh semangat kebersamaan yang menjadi identiti rakyat Sarawak.

“Perpaduan tidak datang dengan sendiri. Ia perlu dibina, diasah dan diperkukuh menerusi aktiviti seperti ini yang menyatukan semua tanpa mengira latar belakang,” tegas beliau.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra itu turut diserikan dengan hidangan tradisi, persembahan kebudayaan serta sesi bergambar kenangan bersama komuniti setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tujuh JKKK di Sibu terima peruntukan khas
Next: Program “Talk To Us” dapat sambutan menggalakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.