Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat perlu bijak pilih kerajaan
  • TEMPATAN

Rakyat perlu bijak pilih kerajaan

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diiringi Datuk Amar Jamilah Anu meninggalkan tapak pembinaan Pos Kawalan Keselamatan Sementara Telok Melano-emajok untuk ke Majlis Pecah Tanah Anjung Usahawan dan Masjid Telok Melano. • Foto Ihsan Penerangan

TELOK MELANO: Rakyat harus bijak memilih kilauan intan atau kaca dalam menilai kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk meneraju Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu menyeru rakyat untuk terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kerajaan GPS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah membuktikan impian dan legasi Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (suaminya) dicapai,

“Kita harus memberi sokongan sekuat hati dan jangan menjadi sesetengah pihak yang hanya pandai menghasut atau mengaku tetapi tidak melaksanakan (pembangunan),” tegasnya.

Jamilah berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Masjid dan Anjung Usahawan di Telok Melano semalam.

Sementara bercakap mengenai pembangunan yang dihidangkannya selaku wakil rakyat, Jamilah mengakui kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu dipecahkan kepada tiga zon iaitu Zon Tanjung Datu, Zon Sematan dan Zon Lundu.

“Masing-masing zon menerima pembangunan yang setara dan diseimbangkan dengan baik,” ujarnya mengakui pembangunan disalurkan melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diperuntukkan kepadanya sebagai ADUN.

Malah, Jamilah berkongsi beliau turut menerima pujian dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion di atas tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang ingin mengubah landskap alam dan ekonomi rakyat Tanjong Datu semakin memperoleh kejayaan.

“Janji kita, kita tepati bukan hanya air liur sahaja,” tegasnya sambil meyakini pembangunan yang dirasai oleh rakyat akan membentuk masa depan generasi muda yang lebih cerah.

Sementara itu, Jamilah mendedahkan kesemua rakyat di kawasannya juga menikmati bantuan makanan yang disalurkan Kerajaan Sarawak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula awal Mac lalu.

“Bagi Daerah Kecil Sematan tahun ini amat bertuah telah diluluskan dengan beberapa projek pembangunan yang berskala besar iaitu sebanyak 12 buah Projek untuk menambahbaik pelbagai kemudahan infrastruktur, kemudahan awam, meningkatkan kawalan keselamatan sempadan negara, pembangunan landskap, pusat peranginan dan kemudahan sosial dengan harapan agar dapat merealisasikan Daerah Lundu dan Sematan Sebagai diantara destinasi pelancongan utama Sarawak,” jelasnya.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Pelancaran Pos Kawalan Keselamatan Telok Melano-Temajuk.

Usai di lokasi berkenaan, Ketua Menteri diiringi Jamilah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Anjung Usahawan dan Masjid Telok Melano.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Jadikan pusat ibadat untuk bina ukhuwah
Next: Keluar/Masuk Sarawak perlu Surat Arahan Rasmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.