Rakyat perlu bekerjasama perangi Covid-19

Facebook
WhatsApp
ADUN Lambir Ripin Lamat (kiri) ketika merasmikan Simbolik Program Merdeka@Komuniti. Foto Ihsan PENERANGAN

MIRI : Rakyat di negeri ini diseru agar sentiasa bekerjasama dalam memerangi pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata demikian semasa merasmikan Program Merdeka@Komuniti peringkat Daerah Miri di sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, semua orang perlu sentiasa menjaga amalan kesihatan kendiri untuk membantu mencegah penularan wabak tersebut.

Ripin juga mengingatkan agar masyarakat jangan mudah mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab terutamanya semasa keadaan wabak Covid -19 ini dan menyeru agar lebih berhati- hati serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan kerajaan bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Beliau turut menyatakan penghargaan  terhadap inisiatif Jabatan Penerangan mengadakan program seperti ini yang berjalan selaras dengan pematuhan SOP meskipun dalam keadaan PKPP.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Aziz Abdul Rahman dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan Bulan Kebangsaan meskipun dalam suasana yang sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya memandangkan negara masih dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik Covid-19.

Tambahnya lagi, meskipun perlu mematuhi SOP semasa ketika PKPP, namun ianya tidak menghalang kita sebagai rakyat Malaysia untuk menzahirkan rasa cintakan negara kita dalam menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JAPEN Sarawak, Ajes Tuah dan Pegawai Penerangan Daerah Miri, Wahid Mohamad.

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan