Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rakyat Malaysia pulang jalani kuarantin wajib
  • NASIONAL

Rakyat Malaysia pulang jalani kuarantin wajib

Utusan Sarawak 5 years ago

SEPANG, 24 Julai -- Semua rakyat Malaysia termasuk warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin bermula hari ini, ketika tinjauan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Arahan itu dikeluarkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media sebelum ini berikutan terdapat segelintir individu yang pulang dari luar negara didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin di rumah. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEMUA rakyat Malaysia termasuk warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin bermula semalam, ketika tinjauan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mulai semalam rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air perlu menjalani proses kuarantin wajib  selama 14 hari  di stesen kuarantin  ditetapkan, kata  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau  berkata, seramai 1,244 rakyat telah pulang ke tanah air Khamis lepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia 2 dari China, Indonesia, Qatar, UAE, Singapura, Kemboja, Jepun, Laos, Belanda, India dan Korea.

“Seramai 1,243 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka, manakala  seorang  telah dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat  saringan ke atas 24,701 individu di pintu masuk KLIA dari 10 Jun hingga 23 Julai.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 24,621 individu didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalani  proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing, manakala 80 individu lagi didapati positif dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Mengenai  Ops Sanitasi Awam  Ismail Sabri berkata, sebanyak 10 operasi sanitasi  di Sabah dan Pahang dijalankan Khamis lepas, melibatkan enam anggota  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta 122 anggota pihak  berkuasa  tempatan.

Sementara itu beliau  berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 720 premis perniagaan Khamis lepas.

KPDNEHP  turut  melakukan 1,745 pemeriksaan khas  pematuhan  prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 1,699 premis mematuhi SOP, 45 premis diberi nasihat, manakala sebuah premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

Menurut kenyataan itu, bekalan barangan keperluan juga mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

Mengenai kawalan sempadan negara, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, 2,105 pendatang tanpa izin, 572 tekong dan 126 penyeludup, ditahan sejak  1 Mei hingga 23 Julai  dalam Operasi Benteng.

“Turut ditahan 79 bot dan 224 kenderaan yang terlibat dalam percubaan menceroboh sempadan negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, PDRM menahan  227  individu atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam, dan daripada jumlah itu, 62 individu direman manakala  seorang lagi  dijamin dan 164 individu  dikenakan kompaun.

Katanya, Task Force Operasi Pematuhan  diketuai  PDRM membuat 65,434 pemeriksaan Khamis lepas bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan  SOP PKPP. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dua penagih terjun parit ditangkap
Next: Cuti Aidiladha, KPM belum ada keputusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.