Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat Malaysia perlu kekal bersatu
  • TEMPATAN

Rakyat Malaysia perlu kekal bersatu

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Dato’ Sri Fadillah Yusof menandatangani poster sebagai gimik Majlis Perasmian Pameran My Malaysia Day : Diary of An Artist oleh UNIMAS di Pustaka Negeri Sarawak,Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Rakyat Malaysia perlu kekal bersatu dalam menghadapi apa jua cabaran yang melanda, gesa Menteri Kanan Infrastruktur (Kerja Raya), Dato’ Sri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, di saat seluruh dunia menghadapi cabaran daripada wabak pandemik Covid-19, rakyat Malaysia kekal bersatu dalam mengekang penularan wabak.

“Semangat kesatuan yang kuat dan jati diri rakyat Malaysia menyaksikan penurunan tiga angka tetapi masih dalam keadaan terkawal.

“Kita masih dapat bersatu dengan barisan hadapan dan semua lapisan masyarakat dan ini adalah bukti kita dapat mengawal keadaan ini.

“Kita perlu kekalkan apa saja strategi untuk mengawal wabak dan sekarang kita masih dalam proses memulihkan ekonomi negara dan ia buka satu perkara yang midah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pameran My Malaysia Day: Diary of An Artist di Pustaka Negeri di sini, semalam.

Tambah beliau, rakyat Malaysia diingatkan untuk bersama-sama dengan kerajaan kini dalam menaikkan semula ekonomi negara.

“Di setiap peringkat, ada yang terjejas dan ada yang jatuh muflis, serta industri pelancongan kita turut terjejas.

“Oleh itu, jika kita bersama dalam menghadapi cabaran ini, kita sudah tentu dapat melawan wabak pandemik ini.

“Saya juga harapkan negara kita kekal hidup aman dan harmoni,” kata beliau.

Mengenai pameran, ia adalah satu program bersempena Hari Malaysia yang disambut pada September setiap tahun.

Peminat seni dan pengunjung awal dialu-alukan hadir bagi menikmati sendiri hasil kreativiti dan sentuhan peribadi pengkarya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Penduduk, PBT perlu bekerjasama
Next: Janji GPS berfakta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.