Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat kini bijak menilai
  • TEMPATAN

Rakyat kini bijak menilai

Utusan Sarawak 5 years ago
TAKLIMAT… Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendengar taklimat dari pihak JKR pada Majlis Lawatan Kerja Jambatan Nanga Mujong, pagi semalam

KAPIT: Rakyat Sarawak kini sudah bijak untuk menilai apa yang benar atau sebaliknya berhubung maklumat yang disiarkan dalam media sosial, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Menurutnya, kini terdapat pihak tertentu yang sengaja menyebarkan pembohongan dan maklumat yang tidak tepat hanya untuk memperlekehkan kerja baik kerajaan Negeri.

“Sebagai contohnya, terdapat berita yang sengaja memberitahu bahawa Kapit kekurangan pembangunan infrastruktur.

“Sebaliknya, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan pasukannya telah melakukan banyak pembangunan untuk penduduk di sini, jalan menuju Mujong, Tunoh hingga ke Empangan Hidro Elektrik Baleh.

“Rakyat telah melihat apa yang telah dilakukan mereka, rakyat bijak menilai mana yang benar atau sebaliknya,” jelasnya semasa berucap semasa melawat Projek Pembinaan Jambatan Nanga Mujong, di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Menteri turut diberikan penerangan oleh JKR mengenai kemajuan projek jalan raya dari Ng mujung ke Tunoh dan tapak Empangan Hidroelektrik Balleh.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang juga Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta yang lain.

Continue Reading

Previous: Penantian 34 keluarga berakhir
Next: UNIMAS, Kementerian Utiliti Sarawak meterai MoU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.