Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat diminta jangan terpedaya pemimpin yang hanya ‘keluar waktu kempen’
  • TEMPATAN

Rakyat diminta jangan terpedaya pemimpin yang hanya ‘keluar waktu kempen’

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (tengah) pada program Perarakan Gawai Dayak di Sungai Apong Baru, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Rakyat diminta bijak menilai dan menolak pemimpin bermusim yang hanya muncul menjelang pilihan raya demi mencari populariti dan undi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata, terdapat pihak tertentu yang mula aktif mengkritik kerajaan serta cuba menjadi “hero” di media sosial apabila musim pengundian semakin hampir.

“Sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat ada pihak yang hanya muncul apabila musim pengundian semakin hampir.

“Mereka sibuk mengkritik, mengutuk kerajaan dan cuba menjadi hero di media sosial demi meraih perhatian rakyat. 

“Namun pada waktu biasa, mereka langsung tidak kelihatan turun padang atau memberikan perkhidmatan kepada penduduk dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perarakan Gawai Dayak di Sungai Apong Baru, hari ini.

“Golongan tersebut jarang dilihat turun padang atau memberikan perkhidmatan kepada masyarakat ketika tiada kepentingan politik,” tambahnya. 

Dato Wee menegaskan, pemimpin yang benar-benar berkhidmat seharusnya sentiasa bersama rakyat dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat tanpa mengira musim politik.

Katanya, rakyat perlu menilai berdasarkan rekod perkhidmatan dan komitmen sebenar seseorang pemimpin terhadap masyarakat.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 1,000 sertai program berjalan sihat bersama Premier Sarawak di Bintulu
Next: PM Anwar seru majoriti cintakan kedamaian tolak naratif kebencian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.