Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rakit keselamatan tamat tempoh bawa padah, vesel tunda dan tongkang ditahan Maritim
  • JENAYAH

Rakit keselamatan tamat tempoh bawa padah, vesel tunda dan tongkang ditahan Maritim

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN…Maritim Malaysia Zon Miri menahan sebuah vesel tunda bersama tongkang selepas dikesan menggunakan rakit keselamatan tamat tempoh serta gagal mengemukakan sijil pendaftaran kapal dalam pemeriksaan rutin di perairan Kuala Miri, semalam.

MIRI: Penggunaan rakit keselamatan yang tamat tempoh membawa padah apabila sebuah vesel tunda bersama tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Miri dalam pemeriksaan rutin di perairan Kuala Miri, semalam.

Penahanan dilakukan sekitar 12.50 tengah hari menerusi Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 4.0 di kedudukan 3.42 batu nautika barat Kuala Miri.

Pengarah Maritim Zon, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pemeriksaan awal mendapati rakit keselamatan pada vesel berkenaan telah tamat tempoh selain gagal mengemukakan sijil pendaftaran kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, vesel tersebut dikendalikan tujuh kru membabitkan dua warga tempatan dan lima warga Indonesia berusia antara 20 hingga 70 tahun.

“Susulan pelanggaran dikesan, perintah tahanan dikeluarkan terhadap vesel tunda dan tongkang berkenaan sebelum diarahkan berlabuh di lokasi selamat.

“Master vesel bersama seorang kru kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Miri bagi membantu siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan aspek keselamatan pelayaran serta pematuhan undang-undang maritim sentiasa dipatuhi.

Katanya, komuniti maritim dinasihatkan sentiasa memastikan peralatan keselamatan berada dalam keadaanbaik dan sah digunakan bagi mengelakkan risiko keselamatan di laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Miri di talian 085-649111 atau talian kecemasan 999.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Tangkapan dadah dan ugutan jenayah di Lawas
Next: Dua lelaki tempatan ditahan bersama dadah di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.