Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rajeswari dilantik Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
  • SEMASA

Rajeswari dilantik Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara

Utusan Sarawak 3 months ago
RAJESWARI menerima watikah lantikan daripada Menteri KESUMA, Steven Sim Kee Cheong.

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Rajeswari Karupiah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Februari 2025 hingga 30 September 2026.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Rajeswari mempunyai kepakaran lebih 32 tahun dalam undang-undang perhubungan industri, undang-undang pekerjaan dan perundangan korporat.

Beliau memiliki kelayakan akademik Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London dan merupakan MCIArb Accredited Mediator.

“Sepanjang kerjaya beliau sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia beliau telah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan kes tertunggak hingga melebihi sasaran KPI yang telah ditetapkan.

“Beliau telah menyelesaikan lebih daripada 500 kes, melibatkan pemecatan pekerja, penstrukturan semula, pemberhentian kerja serta rundingan perjanjian kolektif,” menurut kenyataan itu.

KESUMA memaklumkan Rajeswari juga pernah berkhidmat dengan Bank Dunia di Washington D.C, Amerika Syarikat sebagai penasihat undang-undang serta terlibat dalam penambahbaikan dasar buruh Malaysia, termasuk pengenalan dasar gaji minimum untuk pekerja di negara ini.

“Dengan kepakaran mendalam dalam perhubungan industri, penggubalan dasar serta tadbir urus korporat, Rajeswari merupakan aset strategik dalam memastikan hala tuju perundangan yang kukuh, inovasi dasar, serta keseimbangan antara kepentingan pekerja dan majikan sejajar dengan objektif pembangunan ekonomi negara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Setiap KIR terjejas banjir akan terima RM1,000 dalam masa terdekat  
Next: Harga lantai belian padi diselaras kepada RM1,500 berkuat kuasa Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.