Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Salman berjaya jalani pembedahan
  • GLOBAL

Raja Salman berjaya jalani pembedahan

Utusan Sarawak 5 years ago
RAJA Salman Abdulaziz Al Saud kini berehat selepas menjalani pembedahan hempedu di Hospital Raja Faisal di Riyadh.• Foto AFP

RIYADH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang berusia 84 tahun berjaya menjalani pembedahan untuk membuang hempedu, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital, menurut pihak istana.

Baginda merupakan pemerintah diraja kedua di rantau Teluk yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah ketika krisis pandemik koronavirus (Covid-19) dan kemerosotan harga minyak.

Raja Salman menjalani pembedahan laparoscopic untuk memindahkan hempedu pada Khamis lalu di Hospital Raja Faisal di Riyadh, kata pihak istana Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

Raja Salman akan kekal di hospital buat sementara waktu selepas pembedahan itu berjaya, kata kenyataan tersebut.

Arab Saudi jarang mendedahkan laporan perubatan baginda yang sudah berusia dan memerintah ekonomi terbesar negara Arab serta pengeluar minyak itu sejak tahun 2015.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sudah menghubungi Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menerusi panggilan telefon pada Khamis lalu dan diberikan perkembangan terkini tentang maklumat kesihatan baginda. – AFP

Continue Reading

Previous: Korban global cecah 630,748
Next: China lancar roket ke Marikh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.