NEOM: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, tiba di Neom, tempat beliau akan meluangkan masa untuk berehat dan pemulihan, lapor Agensi Berita Arab Saudi.
Baginda yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, berlepas dari Riyadh pada Rabu.
Raja Salman diizinkan keluar dari hospital pada 30 Julai selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu. – Bernama