Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak
  • NASIONAL

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak

Utusan Sarawak 10 months ago
RAJA Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan replika cek sumbangan bernilai RM30,000 yang diserahkan kepada Pengarah Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) Dr Izandis Mohamad Sayed (kanan) ketika melawat HOAG, hari ini. Lawatan Seri Paduka Baginda adalah sebahagian daripada acara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan tradisi di Istana Negara pada Sabtu lepas. Turut mengiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) di sini, hari ini.

Lawatan Seri Paduka Baginda adalah sebahagian daripada acara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat dan tradisi di Istana Negara pada Sabtu lepas. 

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah pada 9.53 pagidisambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad.

Turut mengiringi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama isteri masing-masing.

Pada majlis itu, Dzulfkefly telah menyampaikan sembah ucapan kepada Raja Permaisuri Agong manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Seri Norazman Ayob menyampaikan sembah taklimat mengenai HOAG kepada Raja Zarith Sofiah. 

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada HOAG yang diserahkan kepada pengarahnya Dr Izandis Mohamad Sayed.

Selain itu, Raja Permaisuri Agong juga dipersembahkan dengan Tarian Sidud iaitu tarian suku kaum Mah Meri oleh Kumpulan Main Jo’oh Tompoq Topoh dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan meluangkan masa setengah jam melawat pesakit di wad HOAG sebelum berangkat balik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh berlepas pagi ini
Next: 91 murid keracunan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.