Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan
  • GLOBAL

Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan

Utusan Sarawak 10 months ago
RAJA Maghribi Raja Mohammed VI

RABAT: Raja Maghribi Raja Mohammed VI berkenan mengampunkan 2,476 banduan sempena sambutan ulang tahun ke-25 baginda menduduki takhta yang juga dikenali sebagai “The Throne Day”, menurut kenyataan Kementerian Kehakiman Maghribi, semalam.

Pengampunan itu diberikan kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 banduan lain menerima pembatalan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya, lapor Agensi Berita Xinhua.

Selain itu, 16 banduan yang dihukum kerana kesalahan ekstremisme dan keganasan turut menerima pengampunan selepas menamatkan program pemulihan.

The Throne Day yang disambut setiap tahun pada 30 Julai, memperingati ulang tahun pertabalan Raja Mohammed VI pada 1999.

Pengampunan diraja secara tradisinya diberikan semasa perayaan kebangsaan utama atau perayaan keagamaan, menekankan peranan raja dalam sistem keadilan dan usaha perdamaian masyarakat di negara itu. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Venezuela minta 7 negara Amerika Latin tarik balik kakitangan diplomatik
Next: FDA AS luluskan ujian dinamakan ‘Shield’ bagi saringan kanser kolon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.