Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Qatar enggan ikut jejak langkah UAE, Bahrain
  • GLOBAL

Qatar enggan ikut jejak langkah UAE, Bahrain

Utusan Sarawak 5 years ago
PENDUDUK Palestin di Rafah mengadakan protes bagi membantah tindakan UAE dan Bahrain memulihkan hubungan dengan Israel. • Foto AFP

DOHA: Seorang pegawai tertinggi Qatar menegaskan bahawa Doha tidak akan mengikut jejak langkah dua negara jirannya iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang memulihkan hubungan dengan Israel selagi tiada pendekatan diambil bagi menyelesaikan isu Palestin.

“Memulihkan hubungan dengan Israel bukan cara terbaik untuk tamatkan konflik berpanjangan di Asia Barat.

“Sepatutnya dunia perlu membuka mata untuk membantu rakyat Palestin yang hidup tanpa negara atau lebih tepat lagi dijajah Israel,” kata jurucakap Kementerian Luar, Lolwah Rashid al-Khater.

Sementara itu, Pakistan yang memiliki populasi umat Islam kedua terbanyak di Asia Selatan turut menolak untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

“Jika satu dunia mahu mengiktiraf Israel, silakan. Islamabad tidak akan berbuat demikian,” ujar Perdana Menteri Imran Khan. – AFP

Continue Reading

Previous: Insiden tembakan ragut lima sekeluarga
Next: Thailand tingkatkan pengesanan kontak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.