Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PZS gesa JKR percepatkan kerja
  • TEMPATAN

PZS gesa JKR percepatkan kerja

Utusan Sarawak 5 years ago
BAHAYA… Kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Simpang Saeh di Jalai Persisiran Pantai Miri-Bintulu, baru-baru ini.

BEKENU: Jawatankuasa Pembangunan Zon Saeh (PZS) mohon Jabatan Kerja Raya (JKR) mempercepatkan kerja pembaharuan jalan raya di Simpang Saeh ekoran kerap berlaku kemalangan di situ.

Setiausaha Jawatankuasa PZS, Tuai Rumah Ayai Sawing berkata demikian ketika menghubungi Utusan Sarawak semalam.

Katanya, JKR perlu mempercepatkan kerja pembaharuan Jalan Simpang Saeh demi keselamatan nyawa penduduk rumah panjang Zon Saeh dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kami kecewa di atas kelewatan pembaruan dan pembinaan jalan dan berharap pihak JKR menambah papan tanda di sekitar Simpang Saeh.
“Pasang papan tanda yang besar dan mudah dilihat dari jarak jauh dengan tulisan besar ‘kurangkan kelajuan’,” jelasnya.

Justeru, beliau mengguna pengguna Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu dekat kawasan Simpang Saeh mematuhi papan tanda itu nanti.

“Kebanyakan kejadian yang berlaku di kawasan ini kerana pengguna tidak mematuhi papan tanda atau papan tanda tidak kelihatan kerana saiz kecil.
“Baru-baru ini, turut berlaku lagi kemalangan teruk di sini, sudah ramai penduduk Saeh terancam akibat kemalangan di sini,” tambahnya.

Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa pihak JKR beberapa kali ke kawasan (Simpang Saeh) untuk meninjau keadaan di situ.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Hari Kebangsaan diraikan penuh cabaran
Next: Penduduk sambut baik perkhidmatan bas hidrogen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.