PVTM Sarawak anjur kempen derma darah sempena Hari Pahlawan

Facebook
WhatsApp

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Negeri Sarawak akan menganjurkan kempen derma darah sempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Bahagian Sibu, Sabtu ini.

Menerusi kenyataan hari ini, PVTM memaklumkan kempen itu akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall, dari 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital memastikan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Akun Giman