Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PUWas bantu usahawan wanita
  • BISNES

PUWas bantu usahawan wanita

Utusan Sarawak 5 years ago
CENDERAMATA… Noriah Ahmad (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

SARIKEI: Program Pelesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak (PUWas) merupakan salah satu pendekatan dari Kerajaan Sarawak untuk membantu usahawan wanita di negeri ini.

Menurut Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Noriah Ahmad, program memudahkan usahawan-usahawan wanita di Sarawak mendapatkan lesen dan permit perniagaan.

“Ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak supaya usahawan wanita ini tidak lagi ketinggalan sekiranya ada bantuan pada masa akan datang.

“Program ini telah direncanakan dengan baik dimana semua usahawan wanita tidak perlu ke pejabat berkaitan untuk mendaftar perniagaan sebaliknya pejabat berkaitan turut menyertai program ini bagi memudahkan permohonan pelesenan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Pelesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak (PUWas), kelmarin.

Katanya, ramai peniaga termasuk usahawan wanita terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Atas kesedaran itu, kita mahu membantu mereka menyediakan kemudahan melalui PUWas.

“Selepas penganjuran PUWas di Sarikei, penganjurannya akan diteruskan di daerah Sibu.

“Kita berharap program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta untuk mendapatkan lesen perniagaan, sekaligus memperluaskan lagi perniagaan mereka,” ujarnya.

Dalam turut hadir di program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: MAFI tawar pembiayaan RM5 juta kepada 82 usahawan
Next: MBSP lancar pelan pembangunan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.