Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Puteri Wales kembali bertugas selepas selesai rawatan kemoterapi
  • GLOBAL

Puteri Wales kembali bertugas selepas selesai rawatan kemoterapi

Utusan Sarawak 8 months ago

Selepas seminggu selesai menjalani rawatan kemoterapi, Puteri Wales terus kembali meneruskan kerjanya dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak. - Foto fail AFP

LONDON: Setelah seminggu selesai menjalani rawatan kemoterapi, Puteri Wales terus kembali meneruskan kerjanya dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak.

Catherine, 42, atau lebih dikenali Kate Middleton semalam dilaporkan mengadakan mesyuarat di Istana Windsor dekat barat London, bersama kakitangan dari Pusat Kanak-Kanak Yayasan Diraja iaitu sebuah pertubuhan yang beliau tubuhkan.

Mesyuarat itu terkandung dalam Court Circular atau rekod rasmi pembabitan dijalankan oleh anggota keluarga diraja yang diterbitkan dalam akhbar The Times hari ini.

Kate jarang muncul di khalayak ramai sejak awal tahun ini lagi, setelah pengumuman yang beliau akan menjalani pembedahan abdomen.

Selepas itu, beliau perlu menjalani pula rawatan kemoterapi pada Mac lalu untuk rawatan kanser tanpa mendedahkan kepada umum mengenai hal itu.

Menurutnya pada minggu lalu, beliau sudah menamatkan rawatan kemoterapi dan tidak sabar untuk kembali bekerja.

Memetik laporan Mac lalu, Kate mengesahkan sedang menjalani kemoterapi pencegahan selepas keputusan ujian yang diambil susulan pembedahan perut yang dijalaninya menunjukkan terdapat kehadiran kanser.

Kate, isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera William, berusia 42 tahun itu, menyifatkan penemuan kanser itu sebagai ‘satu kejutan besar’.

Sebelum ini, bapa mentuanya, Raja Charles III, 75, turut pernah menjalani rawatan kanser pada April lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Next: Israel diberi tempoh 12 bulan tamatkan pendudukan di Palestin – Resolusi PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.