Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat tahfiz baharu akan dibina di Kampung Palas, Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Pusat tahfiz baharu akan dibina di Kampung Palas, Limbang

Utusan Sarawak 4 weeks ago
RAIKAN PERAYAAN…Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama hadirin memeriahkan majlis Kesyukuran Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) di Dewan Bunga Raya Limbang.

LIMBANG: Sebuah pusat tahfiz Daerah Limbang akan dibina di Kampung Palas di sini melalui peruntukan kerajaan negeri yang kini dalam peringkat reka bentuk.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembinaan pusat tahfiz itu amat dinanti dan diperlukan sebagai pilihan kepada murid Islam yang ingin melanjutkan pelajaran selepas Tahun Enam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, menambah kemudahan itu juga sebagai usaha memperkasa pembangunan intelektual belia Islam di Sarawak.

PENGHARGAAN… Sulaiman Engal menyampaikankan cenderamata kepada Datuk Dr Abdul Rahman Ismail atas sokongan padu kepada Jawatankuasa Perayaan-Perayaan Islam Limbang.

“Satu lagi yang menjadi kebanggaan kita adalah pembinaan pusat tahfiz yang diiktiraf iaitu di Kampung Palas dengan bantuan peruntukan kerajaan negeri dan kini dalam proses reka bentuk.

“Melalui kemudahan ini, murid lepasan Tahun Enam boleh memilih sama ada ke sekolah kebangsaan atau Tahfiz Antarbangsa di Kuching dengan silibus diiktiraf,” katanya berucap pada majlis Kesyukuran Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) di Dewan Bunga Raya malam tadi.

Kata Dr Abdul Rahman, kerajaan negeri menyediakan pendidikan kepada rakyatnya menerusi dasar pendidikan holisitik yang bermatlamat menyediakan bukan hanya pendidikan keduniaan semata-mata, sebaliknya sepanjang hayat sebagai persiapan untuk akhirat.

Beliau juga menggesa umat Islam agar memanfaatkan era kecerdasan buatan (AI) dengan kebaikan dan dipandu oleh nilai dan tradisi Islam serta bukan hanya berteraskan model Barat.

Turut hadir, Pegawai Daerah Limbang yang juga pengerusi JTPIL Sulaiman Engal dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang yang juga Timbalan Pengerusi JTPIL Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh peranan komuniti pelbagai sektor pembangunan
Next: Ahli Majlis MBM baharu diharap cetus idea, tenaga baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.