Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pusat peranginan Bali dibuka semula
  • GLOBAL

Pusat peranginan Bali dibuka semula

Utusan Sarawak 5 years ago
PEGAWAI lapangan terbang memakai penutup hidung dan mulut sambil beratur memegang bunga menerima kedatangan pengunjung ke lapangan terbang Bali, Indonesia. • Foto AFP

BALI:  Pusat-pusat peranginan di Bali dibuka semula kepada pelancong tempatan selepas empat bulan ditutup susulan pandemik Covid-19.

Gabenor Bali tidak sabar untuk memulihkan ekonomi dan mula mengurangkan sekatan aktiviti awam tiga minggu lalu.

Di bawah kelonggaran yang dilaksana mulai Jumaat, rakyat Indonesia yang mengunjungi Bali akan berdepan peraturan ketat di hotel, restoran dan juga pantai.

“Ya, memang ada ketakutan-ketakutan tertentu, tetapi saya yakin jika kita dapat melindungi diri kita sendiri dan mengikuti protokol yang telah ditetapkan, semuanya akan menjadi baik,” ujar Anita Firna, pelancong domestik dari Surabaya.

Pelancong asing akan dibenarkan ke pulau itu mulai 11 September.

Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama Bali, yang menerima enam juta pelancong dari luar negara dan 10 juta dari Indonesia tahun lalu.

Penularan wabak yang membawa maut itu menyebabkan bilangan pelancong merosot.-AFP

Continue Reading

Previous: Kansai Yamamoto meninggal dunia
Next: 11 maut dihempap kren tumbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.