Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Dialisis PBSM mula beroperasi
  • WILAYAH

Pusat Dialisis PBSM mula beroperasi

Utusan Sarawak 2 years ago

TURUN PADANG… Dato Sri Lee Kim Shin (dua ,kanan) bertanya khabar kepada pesakit yang menerima lawatan di Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri baharu yang mula beroperasi, semalam.

MIRI: Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri baharu yang terletak di Permyjaya di sini, kini mula beroperasi semalam.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pusat  tersebut telah menyediakan kira-kira 40 mesin dialisis. Katanya, pusat dialisis terbabit akan memberi manfaat kepada pesakit yang tinggal di bahagian utara bandar raya ini iaitu Kuala Baram, Tudan, Senadin, Permyjaya dan Pujut.

“Hari ini (semalam),kami memindahkan 66 pesakit dari pusat lama di pusat bandar ke bangunan baharu ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke pusat berkenaan di sini, semalam.

Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri baharu yang mula beroperasi, semalam.

Setakat ini, pusat tersebut mempunyai sejumlah 12 mesin hemodialisis.

Dalam pada itu, Kim Shin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin merakamkan  ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan pertubuhan korporat lain seperti Petronas, Shell, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu  atas sumbangan dalam pembinaan pusat itu.

Untuk rekod, pembinaan pusat itu telah dimulakan pada 2019 dan siap pada Mac 2021 dengan anggaran kos keseluruhan RM5.43 juta.

Pusat dialisis  baharu ini di bina  di atas tanah seluas tiga ekar yang disumbangkan oleh Kerajaan Sarawak.

Oleh Liong Chai Ling




Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan tangkap ikan guna alat renjatan elektrik
Next: Konvensyen Autism Kebangsaan di Sibu 6-7 Mei depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.