Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Punca kebakaran dahsyat di LA masih belum diketahui
  • GLOBAL

Punca kebakaran dahsyat di LA masih belum diketahui

Utusan Sarawak 3 months ago

Pemandangan udara rumah yang musnah dalam Kebakaran Palisades pada 27 Januari 2025 di Pacific Palisades, California. Foto AFP

BERLIN: Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29, menurut agensi berita Jerman dpa.

Seorang mangsa meninggal dunia di hospital hujung minggu lalu akibat kebakaran “Palisades” di pinggir barat Los Angeles, umum pejabat koroner pada malam Isnin.

Semua penduduk di daerah Pacific Palisades dibenarkan memasuki hartanah mereka buat kali pertama pada Isnin, selepas Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass mengumumkannya di platform X.

Los Angeles Times melaporkan hujan dan salji yang dinanti-nantikan telah turun di kawasan pergunungan.

Ahli meteorologi Ryan Kittell memberitahu akhbar tersebut bahawa walaupun hujan yang turun tidak mencukupi untuk menamatkan musim kebakaran, ia “pasti memberikan kelegaan sementara” dalam situasi sekarang.

Pihak berkuasa sebelum ini memberi amaran mengenai kemungkinan banjir di kawasan itu kerana tanah kering tidak dapat menyerap air selepas tempoh kemarau yang panjang.

Media melaporkan beberapa jalan ditutup pada Isnin akibat banjir dan tanah runtuh, namun hujan paling lebat berlaku di kawasan laut.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran Palisades kini 95 peratus terkawal, manakala kebakaran Eaton, berhampiran bandar Pasadena, sudah 99 peratus terkawal.

Kedua-dua kebakaran itu telah memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan memusnahkan kawasan seluas lebih 150 kilometer persegi sejak awal Januari.

Punca kebakaran masih belum diketahui. – Bernama-Dpa

Continue Reading

Previous: Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas, 176 penumpang diselamatkan
Next: Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.