PUISI

Facebook
WhatsApp

Mafhum Keinsafan

Rebas hujan menerjah

dan ganas badai

menampar wajah alam

yang setia berdiri

tak mengendah

tubuh kian renta.


adakala menangis

menghitung lalai

perilaku manusia

merosak semesta.


imbauan bengis fenomena

buatku terlantar

merubah diri lebih baik.


tanpa hidayah

mungkin aku,

tidak akan berubah.

Nur Qaireena Qaleesya binti Mohd Fadzly

SK Wira Jaya, 16 November 2024.

Secawan Dosa

Secawan dosa 

Bermula dicicip serasanya kopi pahit

Namun saat lidah sudah terlatih

Dan menjadi lazim 

Pahit beransur hilang

Berganti manis

Melekat di lelangit

Diteguk nikmat…


Sedar tak sedar

secawan dosa berganti cawan 

Dan pelbagai dosa

bermula dari cawan pertama..


Katanya, secawan dosalah punca semua

Lalu bagaimana?


Benarkah dosa cuma secawan

Dan ingin kau muntahkan semula?


Shafida Rosllan,

Kota Samarahan,Sarawak.

Tasbih

Di tangan kita tergenggam

seutas tasbih yang diguna

buat meratibkan dunia

seawal pagi mata terbuka

sehingga malam kembali lena.


Hari-hari pun berlalu jadi saksi

dedaunan hijau bertukar kuning

lalu gugur menyembah bumi

bergilir dan silih berganti

namun kita,

masih leka meratib dunia

dengan seutas tasbih yang utuh dalam genggam.


Rangkai benang kehidupan

pengikat butiran nafas

disangkakan masih utuh

tiba-tiba putus berjurai

direntap janji.


Rela atau tidak

manik-manik hayat

perlahan jatuh satu persatu

meluruti bebenang kehidupan

bertaburan di lantai alam.


Ibnu Hassan

Tanjung Manis, Sarawak.

Meneliti Elemen Yang Memperkukuh Puisi

PUISI merupakan karya sastera yang mengungkapkan pemikiran, perasaan, pengalaman dan pandangan hidup manusia melalui penggunaan bahasa yang indah, padat, terpilih

Sajak

Lukisan Kemarau lukisan kemarau pada tanah ada retak-retak kecil dari jauh seperti bersisik debu saling merintih ditiup angin dipaksa beralih