Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 3 months ago

Belia

Belia adalah buah segar, manis dan muda,

pada musim-musim kehidupan,

ia tumbuh dari dada tanah yang tak jemu berbakti,

usia dininya adalah manis isi yang berwarna,

menghidupkan harapan,

dalam setiap suapan semangat yang tak kenal jerih.


Hafizuddin Hamran

Meniti Langkah Ilmu

Di kampus hijau, penuh harapan,

Langkah kita bertapak, menuntut ilmu,

Menelusuri jalan yang penuh cabaran,

Untuk masa depan yang gemilang, bersatu.


Di bawah langit biru, kita mencari makna,

Setiap buku adalah jendela dunia,

Penuh ilmu yang menanti dicari,

Mengasah minda, memperkaya jiwa.


Dari pelbagai bangsa, kita berdiri,

Bersama dalam satu visi,

Untuk membawa Malaysia ke puncak gemilang,

Dengan pendidikan sebagai senjata yang berharga.


Jangan gentar dengan rintangan,

Kerana ilmu adalah cahaya,

Yang menerangi kegelapan,

Mengubah dunia, membuka peluang.


Melangkah dengan penuh keyakinan,

Berbekal ilmu, semangat, dan tekad,

Mari kita capai kejayaan bersama,

Untuk masa depan yang lebih cerah, lebih terang.


Marion Thubong Edwin

Ketika Hujan

membasah suasana

dan kita berpayung diam


dalam kecewa

kau bersedia menguyupkan

jarak, dan aku

masih meneduh hasrat


betapa dalam kebetulan

petir membahana bantah

dan lafaz-lafaz cintaku

senyap tak kaudengar


Adie Abd Gani

Kuching, Sarawak

Continue Reading

Previous: Bakat, Ilham dan Gagasan
Next: Dunia Perut Musang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.