Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago

Gunung Alpa

Aku ingin terbang tinggi

merentasi sebuah gunung yang mendabik diri

ingin kuintai dari kemuncaknya

apakah yang dibanggakan

   sehingga gunung ini bermegah diri?

memandang dengan jelingan jelik

  pada tanah yang melandai di bumi.


Gunung ini mungkin diulit kealpaan

lantaran ketaasubannya menyapa langit dan awan

sedangkan tanah yang terbaring itu

hanya mampu menatap bumbung bumi

   dari kejauhan

gunung ini alpa

   ia boleh hancur pada bila-bila masa

bahkan mungkin terjunam dalam ke dasar bumi

dek tangan rakus manusiawi yang nyata lebih kejam

mahupun dek bencana alami yang tiada belas

dengan keizinan-Nya.


Aku juga ingin terbang tinggi

berdiri di atas kemuncak gunung ini

menilai diri – adakah aku juga

   akan mendabik dalam kealpaan

angkuh dengan kuasa melangit

andai aku segagah gunung alpa ini.


Niniefadzillea Iswandi

Jangan Ditebang Tualang Itu

Jangan ditebang tualang itu

Pokoknya tinggi memayungi bumi

Xilemnya keras persis bebatuan

Dahannya teguh menahan ranting

Daunnya hijau melambai mentari.


Jangan ditebang tualang itu

Kanopinya rimbun tadahan hujan

Banirnya kukuh berdinding-dinding

Akarnya berlumut mencengkam bumi

Mengepal tanah menahan runtuh.


Jangan ditebang tualang itu

Teratak naming menyidai madu

Kamar enggang menyusun sarang

Pentas berkelip si kunang-kunang

Menghiasi malam yang tiada berbintang.


Jangan ditebang tualang itu

Wariskan buat cicit kita

Agar mereka sempat merasa

Indahnya flora semulajadi

Hutan hujan tropika kita


INGAT…!

Jangan ditebang tualang itu.


Stainly Santiago

Pustaka Negeri Swk

10 Okt 2023

Menjadi Burung

Jangan disimpan dalam sangkar,

Seekor burung yang bebas jiwanya,

Berkelana mencari harapan,

Bersungguh dalam menetap angan,

Dangkal burung akan mekar kerana patah sayapnya,

Rajuk dan layu yang bertunas di atma,

Jangan disangka itu hukuman,

Kerana suka dan bahagia juga adakalanya bukan nikmat,

Harus bijak menakul dunia,


Maka jangan disimpan dalam sangkar,

Seekor burung yang bebas jiwanya.


Farah Athirah

Continue Reading

Previous: Analogi Tentang Kepengarangan
Next: Lelaki yang Sibuk Mati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.