Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Hujan di Gurun Kesepian

Di hutan jingga

sekawan bunga mengerang gila

layu menguning kering mewarna

sang ulat bertongkat penat

menyusur batu-batuan perangkap jerat

sayap terikat pundak terbelah pucat

terkurung dalam pasungan dunia ke depan.

Di gunung puncaknya rompong

burung-burung berkicau murung

lama sudah tidak terbang

sesat dalam kepulan asap berkarat

tenat hinggap di dahan keringat

mencari pulang riang yang dulu tenang

kini ditemani jentera berlagu memangkas hempas

sebuah kehidupan di gurun kesepian

hujan rintiknya menurunkan panas kekeringan.

Bandang Galayan

Long Apu, 20 Jun 2023.

Monolog Cinta Abadi

Masa berjalan melewati waktu

inginkan kebahagian

pasrahkan kerinduan

kecintaan bertali arus.

Keresahan

kegelisahan

kesepian

meruntun sanubari.

Bangkit lelah

mencari dan mencari

titik noktah

sesisip rasa ceritera

ku redah jiwa dan raga.

Mungkin ini kesahku

mungkin ini resahku

mungkin ini relaku

mungkin ini taksubku

mungkin ini janjiku.

Amarah…

cinta…

duniawi…

Terserahlah…

di…

monolog cinta abadi.

Nukilan,

Hjh Norhamisah Dollah

09/08/2023 _@7.30am

Sesederhana Ubi Kayu

ubi kayu merenda ingatan kami tentang makanan paling enak pada suatu Disember. daun rimbunnya perca penghapus air mata ketika kenyang menjadi rajuk berpanjangan. pucat isinya mengunyah semangat kami berselut bau tanah dan lumpur. sering kali rasa tawarnya dicecah asin tangis dan manis darah yang mengotori pinggan retak kami. meski direbus, dipanggang, dimakan begitu sahaja rasa belerang bersawang di lelangit.

hari ini sesederhana ubi kayu, kadang-kala masih menjadi makanan paling enak.

Stefanie Kaso

Continue Reading

Previous: Menggaul Sambal Tahai di dalam Cerpen
Next: Tilapia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.