Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Aku Anak Petani

Berambut Hitam Kian Keperangan

Dek Biasan Sang Suria

Sering Kali Menerjah Ke Ubun.

Aku Anak Petani

Berkulit Putih Kian Gelap

Berkulit Tebal Kian Menipis

Sudah Lali Pada Panas

Sudah Lali Pada Hujan

Tetap Teguh Di Posisi

Bersama Mereka Membanting Tulang

Aku Anak Petani

Bajuku Hanya Kulit

Badanku Semerbak Wangian Lumpur

Temanku Hanya Kerbau Bajak Sawah

Kulit Kami Seolah Tiada Beza.

Norhayati Hazemi

mak.tub [Sudah Tertulis]

kutiplah jiwa yang bertaburan

usah biar waktu

meratah hati yang rawan

bukankah Tuhan sudah bilang

dan pesan?

‘Minta pada-KU, pasti AKU perkenan’ [40:60]

seka rapi air mata

telan semua calar

dan luka

pesan Tuhan terang juga nyata

‘Usah bersedih, AKU selalu ada’ [9:40]

dari setiap raga

yang berantakan jangan

henti mengutus pinta

sudah tertulis pada

warkah dari Tuhan

‘Sabar, janji AKU benar’ [30:60]

— pasti tertunaikan.

Nabillah Bolhassan

Universiti Teknologi Sarawak

Kasil Asuhan

Jika benih dijaga sempurna
Indah warisan lukisan bangsa
Bagai bunga setanggi syurga
Mekar harum wangi baunya
Menjadi pujaan segenap buana
Mencorak pelangi indah warnanya

Jika benih dijaga sempurna
Merumpun akhlak kukuh terbina
Menyubur teguh bagai istana
Tak terusik bisik fatamorgana
Tak tersentuh janji dunia
Kasil asuhan sebuah keluarga

Intergriti terpasak berakar dijiwa
Keturunan elok menjadi buahnya
Menyangga tanggung sedaya ada

Jika benih dijaga sempurna
Bijak menutur bahasa bicara
Menghormati sesama susur budaya
Tua muda adab dijaga
Adil berbahagi rezeki yang ada
Sedikit sama dirasa
Lebih dicicip gurauan senda
Tiada dicari sehingga jumpa

Jika benih dijaga sempurna
Tiada titik meracau sengketa
Tiada gundah melelah belah
Kejayaan berganda cahaya terserlah
Bagai nokhada tiada kalah
Beza antara tiada makalah
Lantaran serupa jadi istilah
Barkah lafaz alhamdulillah
Pimpinan agung merdeka mega

Zumiriyah Hassim

Continue Reading

Previous: ”Aku, Dia dan Sang Kerbau” – Sebuah Kolaj Memori
Next: Cantik Kata Kacak Makna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.